PSB tekad bawa perubahan pembangunan

Baru Bian
Baru Bian
A
A
A

LAWAS - Parti Sarawak Bersatu (PSB) bertekad membawa pembangunan yang menyeluruh dan sama rata kepada penduduk luar bandar sekiranya diberi mandat penuh pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini.

Calon PSB Dewan Undangan Negeri (DUN) Ba'Kelalan, Baru Bian berkata, sehingga kini banyak perkara yang tidak adil berlaku di Sarawak semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

"Sehubungan itu, rakyat diseru untuk memberi sokongan sepenuhnya kepada PSB dalam pilihan raya kali ini.

"Malah, mereka yang memerlukan bantuan akan sentiasa menjadi perhatian utama untuk dibantu," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Baru yang juga Ahli Majlis Presiden PSB berkata, kesungguhan PSB membawa perubahan besar kepada Sarawak jelas apabila parti itu meletakkan 70 calon dalam PRN Sarawak.

"Menerusi jumlah calon yang besar itu, PSB juga berhasrat menggantikan GPS sebagai kerajaan negeri sekiranya diberi mandat," ujar Baru.

Pada Khamis, Baru meneruskan misi kempennya di Bang Lidung Trusan dan Kampung Munchu Merapok bagi menjelaskan kesungguhan parti berkenaan dalam membawa perubahan untuk Sarawak.

Dalam pada itu, Baru turut berkesempatan menziarahi keluarga mangsa kemalangan maut yang tinggal di Kampung Long Temarub.

Artikel Berkaitan:

Dalam lawatan itu, Baru memberikan kata-kata semangat kepada keluarga mangsa untuk terus tabah menghadapi dugaan tersebut.


Ikuti perkembangan semasa #PRNSarawak dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my