Pembangunan DUN Bawang Assan lebih progresif bawah pentadbiran GPS

Uggah (kanan) bersama-sama Robert Lau (kiri).
Uggah (kanan) bersama-sama Robert Lau (kiri).
A
A
A

SIBU - Dewan Undangan Negeri (DUN) Bawang Assan mampu menjadi lebih progresif jika ditadbir oleh Senator Robert Lau Hui Yew iaitu pemimpin baharu dicalonkan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyuarakan keyakinan itu semasa mesyuarat merangka strategi memenangi semula kerusi GPS, pada Khamis dengan mengatakan Hui Yew akan menjaga kebajikan masyarakat dengan adil sekiranya pengundi di DUN Bawang Assan memberi peluang kepadanya.

Tambahnya, kerajaan sentiasa menasihatkan penduduk supaya menyokong pentadbiran kerajaan supaya mendapat manfaat menerusi peruntukan dana Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dan Projek Kecil Luar Bandar.

Mengenai persiapan GPS untuk kerusi itu, beliau berkata, mereka sudah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) akan datang.

"Sekiranya semua rancangan dan strategi dilaksanakan dengan tersusun, saya percaya GPS boleh melakukannya dengan baik," kata beliau.

Hui Yew yang merupakan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) cawangan Bawang Assan bakal menghadapi saingan lima penjuru bagi merebut kerusi DUN Bawang Assan pada PRN-12.

Beliau bakal menentang Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB), Datuk Seri Wong Soon Koh; calon Parti Tindakan Demokratik (DAP); Amy Lau Bik Yin; Parti Sarawak Bersatu (PSB), Michelle Ling Shyan Mih dan calon Bebas, Ricky Enteri.


Ikuti perkembangan semasa #PRNSarawak dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my

Artikel Berkaitan: