X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 16 Mei 2022

PRN Sarawak: GPS lancar manifesto dengan 34 fokus utama

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tengah) melancarkan manifesto GPS di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, pada Rabu.
A
A

KUCHING - Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Rabu melancarkan manifesto dengan menggariskan 34 fokus utama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12).

Manifesto itu juga bertemakan Menjamin Kemakmuran Kestabilan Kegemilangan Sarawak dilancarkan oleh Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), pada Rabu.

Manifesto itu diterbitkan dalam empat bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Inggeris, Cina dan Iban.

Berikut senarai 34 fokus utama manifesto GPS untuk PRN12:

1. Menjamin Kestabilan dan Autonomi Politik Sarawak

2. Mempertahan dan Membela Hak-Hak Sarawak Mengikut Perlembagaan Persekutuan, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Perlembagaan Negeri Sarawak dan Undang-Undang Negeri Sarawak

3. Menjamin Hak Kesaksamaan Yang Inklusif Untuk Semua Rakyat Sarawak

4. Mengiktiraf dan Menjamin Hak Rakyat Ke Atas Tanah Native Customary Right (NCR) dan Native Territorial Domain (NTD)

5. Menjadikan Sarawak Maju dan Berpendapatan Tinggi Menjelang 2030

6. Merapatkan Jurang Pendapatan Rakyat Melalui Pewujudan Lebih Banyak Peluang Pekerjaan

7. Membasmi Kemiskinan Bandar dan Luar Bandar

8. Menyediakan Lebih Banyak Rumah Mampu Milik, Skim Pembesaran Kampung (SPK), Skim Penempatan Semula (SPS), Bantuan Pembinaan dan Baik Pulih Rumah Panjang

9. Memacu Pembangunan Ekonomi Sarawak Melalui Agenda Ekonomi Digital

10. Memperkasakan Usaha Melindungi dan Memulihara Alam Semula Jadi

11. Meningkatkan Pendapatan dan Sumber Hasil Sarawak

12. Memperhebatkan Jaringan Jalan Perhubungan, Pengangkutan, Pelabuhan dan Lapangan Terbang

13. Memperluaskan Liputan Bekalan Air, Elektrik dan Gas

14. Memperluaskan Liputan Telekomunikasi dan Kemudahan Digital

15. Mentransformasikan Pembangunan Ekonomi Luar Bandar

16. Merancakkan Pembangunan Bandar Sejahtera dan Pintar

17. Mentransformasikan dan Memacu Sektor Pertanian, Penternakan dan Perikanan

18. Membangun Sektor Perindustrian dan Pelaburan

19. Menyediakan Lebih Banyak Peluang Perniagaan dan Memperkasakan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)

20. Memperhebatkan Sektor Pelancongan dan Perkhidmatan

21. Memperkasakan Perkhidmatan Kerajaan Yang Berteraskan Kepada Integriti dan Tadbir Urus Yang Baik

22. Meningkatkan Akses dan Kualiti Perkhidmatan Kesihatan

23. Meningkatkan Kualiti Pendidikan dan Latihan Teknikal

24. Menjamin Keselamatan Negeri dan Rakyat

25. Meningkatkan Kecekapan Pengurusan Bencana

26. Mengukuhkan Keharmonian dan Kesejahteraan Sosial

27. Menjamin dan Memelihara Budaya, Warisan dan Kepercayaan Pelbagai Kaum

28. Memperkukuhkan Mahkamah Adat Bumiputera

29. Membantu dan Mempercepatkan Anak Sarawak Yang Layak Untuk Mendapatkan Kerakyatan

30. Menjaga dan Memelihara Kebajikan Rakyat

31. Memperkasakan Penglibatan Wanita Dalam Pembangunan Sarawak

32. Mempertingkatkan Penyertaan Belia Dalam Pembangunan Sarawak

33. Memperhebatkan Bidang Sukan

34. Penubuhan Dana Kekayaan Berdaulat

Ikuti perkembangan semasa #PRNSarawak dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!