'MARA akan ambil tindakan segera terhadap pelaku'

Tangkap layar vidoe tular berkenaan kejadian buli yang didakwa berlaku di sebuah sekolah di Perak.
Tangkap layar vidoe tular berkenaan kejadian buli yang didakwa berlaku di sebuah sekolah di Perak.
A
A
A

IPOH - Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan menyiasat kejadian buli seperti dipaparkan dalam satu video tular yang didakwa membabitkan pelajar di salah sebuah institusi pendidikannya di Perak.

Pengerusi MARA, Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata, tindakan akan segera diambil terhadap pelaku berikutan budaya itu tidak sewajarnya wujud dalam kalangan pelajar.

"Saya terkejut melihat video ini kerana ia merupakan budaya yang tidak sihat dalam kalangan pelajar sekolah dan pastinya kita semua tidak mahu ia berulang.

"Kami akan menyiasat kesahihan rakaman video tular tersebut dan pasti akan mengambil tindakan terhadap individu yang terlibat. Perkara ini tidak sewajarnya dijadikan sebagai satu budaya kerana pelajar-pelajar ini masih di bawah umur dan masa depan mereka perlu dilindungi," katanya ketika mengulas mengenai kejadian buli yang didakwa berlaku di sebuah sekolah di Kuala Kangsar.

Azizah (tiga dari kanan) merasmikan outlet Canggih Go pertama Perak di Ampang Baru, Ipoh.
Azizah (tiga dari kanan) merasmikan outlet Canggih Go pertama Perak di Ampang Baru, Ipoh.

Beliau ditemui pemberita sempena Majlis Pelancaran Program Canggih Go dan Perasmian Outlet Perak di Ampang Baru di sini, pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Video berdurasi 10 saat itu tular dalam media sosial menunjukkan seorang pelajar menumbuk seorang pelajar lain di dalam asrama.

Video berkenaan tular di Twitter dan mendapat perhatian warganet dengan tontonan sebanyak 613,000 serta lebih kurang 30,000 perkongsian.

ARTIKEL BERKAITAN Polis Perak siasat video buli pelajar sekolah