41 kematian akibat Covid-19, Selangor tertinggi

Sebanyak 41 kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan di negara ini pada Khamis. Foto Bernama
Sebanyak 41 kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan di negara ini pada Khamis. Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Sebanyak 41 kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan di negara ini pada Khamis.

Berdasarkan data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jumlah tersebut terdiri daripada sembilan kes kematian harian dan enam kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Selangor melaporkan enam kes kematian, diikuti Perak dan Sarawak (lima), Johor, Kelantan dan Pulau Pinang (empat), Kedah, Sabah dan Terengganu (tiga) manakala Melaka, Pahang, Perlis serta Kuala Lumpur masing-masing merekodkan satu kes.

Tiada kes kematian dilaporkan di Negeri Sembilan, Labuan dan Putrajaya.

Jumlah keseluruhan kes kematian adalah 30,787.

Sebanyak 60,856 kes aktif direkodkan di seluruh negara dengan 49,791 atau 81.8 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 5,901 atau 9.7 peratus pesakit ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) manakala 4,745 kes dirawat di hospital.

Sebanyak 187 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 232 lagi memerlukan bantuan pernafasan.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Pulau Pinang dan Perlis mencatatkan trend peningkatan kes positif Covid-19 melebihi 100 peratus dalam tempoh 14 hari.

Kedua-dua negeri itu masing-masing mencatatkan peningkatan sebanyak 111 dan 100 peratus.

Turut mengalami peningkatan, Negeri Sembilan iaitu 60 peratus.

Namun begitu, terdapat beberapa negeri merekodkan trend penurunan kes iaitu Melaka (44 peratus), Sarawak (36 peratus), Sabah (33 peratus), Kelantan (26 peratus), Perak dan Terengganu (25 peratus) serta Johor (10 peratus).

Dalam pada itu, terdapat 54,615,414 dos vaksin dan 3,412,576 dos penggalak telah diberikan setakat Khamis.

Sebanyak 78 peratus populasi telah lengkap divaksinasi manakala 79.3 peratus mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin.