14 kertas siasatan dibuka, 524 permit kempen diluluskan

Gambar kecil: Alexson
Gambar kecil: Alexson
A
A
A

KUCHING - Sekurang-kurangnya 14 kertas siasatan telah dibuka atas pelbagai kesalahan berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12, kata Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu.

Beliau berkata, ia merupakan jumlah terkumpul sejak 1 hingga 8 Disember lalu.

"Selain fitnah, kertas siasatan itu juga merangkumi serangan peribadi serta merosakkan poster atau bendera parti lawan," katanya ketika dihubungi pemberita pada Khamis.

Alexson yang juga jurucakap Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi PRN Sarawak berkata, setakat ini sebanyak 524 permohonan permit untuk berkempen telah diluluskan sejak hari penamaan calon lalu.

Beliau berharap semua pihak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

"Keadaan sejak hari penamaan calon hingga ke hari ini masih dalam keadaan terkawal dan tiada sebarang masalah tidak diingini berlaku.

"Bagaimanapun, sebarang pelanggaran SOP akan dikenakan kompaun di bawah Peraturan 10 Akta 342 (Peraturan-Peraturan Penyakit Berjangkit)," katanya.

Artikel Berkaitan: