Penswastaan bukan alternatif terbaik, kata Najib

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berpendapat penswastaan bukanlah alternatif terbaik untuk mengecilkan saiz penjawat awam.

Menurut beliau, kerajaan wajar menjalankan analisa yang teratur untuk mengkaji jumlah penjawat awam di negara ini.

"Kena buat secara jelas dengan jumlah penjawat awam yang ada di negara ini. Tidak boleh dibuat begitu sahaja, ia perlu teratur dan secara analisa.

"Sebahagian daripada penjawat awam adalah guru dan jururawat. Jadi ia tidak semudah itu untuk mengurangkan saiz penjawat awam dan jika nak dibuat perbandingan, kena sekata.

"Mungkin ada jabatan dan organisasi yang boleh dikurangkan,” cadangnya.

Najib menambah, penswastaan bukan jalan yang mudah kerana ia melibatkan jabatan-jabatan tertentu.

"Ini kerana apabila kita swastakan Malaysia Airlines Berhad (MAS) sebelum ini, dan kita kena bayar balik kos itu biaya RM1.6 bilion.

"Kena ada jalan lain yang perlu dibuat, selain penswastaan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan kaji penjawat awam sertai sektor swasta

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan sedang meneliti kaedah terbaik untuk memindahkan penjawat awam ke dalam sektor swasta.