Pele stabil selepas dimasukkan ke hospital

Pele dilaporkan stabil selepas dimasukkan ke hospital bagi menerima rawatan berkenaan ketumbuhan usus yang dialaminya pada September
Pele dilaporkan stabil selepas dimasukkan ke hospital bagi menerima rawatan berkenaan ketumbuhan usus yang dialaminya pada September
A
A
A

LEGENDA bola sepak dunia, Pele dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas dimasukkan ke hospital bagi menjalani rawatan ketumbuhan di ususnya.

Perkara tersebut disahkan Hospital Sao Paulo Albert Einstein selepas bekas pemain Brazil itu dimasukkan ke hospital sekali lagi bagi menerima rawatan berkaitan penyakit tersebut selepas mengalaminya pada September lalu.

"Pele dalam keadaan stabil, dan kami jangka dia akan dikeluarkan dalam beberapa hari akan datang," menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, Pele menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan di ususnya pada September dan perlu menjalani rawatan kemoterapi sebagai sebahagian daripada proses pemulihan.

Malah penyerang legenda itu pernah dimasukkan ke hospital beberapa tahun kebelakangan ini, ketika menjalani pembedahan prostat pada 2015 dan jangkitan kuman pada 2019.

Untuk rekod Pele merupakan satu-satunya pemain yang berjaya memenangi Piala Dunia iaitu pada 1958, 1962 dan 1970.

Bekas pemain berusia 81 tahun itu juga merupakan salah seorang daripada empat pemain yang meledak gol dalam empat penampilan Piala Dunia berbeza dan kekal sebagai penjaring terbanyak Brazil dengan 77 gol dalam 92 penampilan bersama pasukan samba.

Artikel Berkaitan: