Tujuh pemain tak ikut rombongan Leicester ke Napoli

Pemain-pemain Leicester City giat menjalani latihan sebelum perlawanan berdepan Napoli.
Pemain-pemain Leicester City giat menjalani latihan sebelum perlawanan berdepan Napoli.
A
A
A

TUJUH pemain Leicester City tidak mengikuti rombongan skuad The Foxes ke Itali untuk perlawanan Liga Europa menentang Napoli selepas disahkan positif Covid-19 atau sakit, kata pengurus The Foxes, Brendan Rodgers.

Leicester berada di tangga teratas Kumpulan C dalam saingan Eropah peringkat kedua dengan lapan mata daripada lima perlawanan, akan mara ke peringkat 16 terbaik jika memenangi perlawanan di di Stadium Diego Armando Maradona.

"Kami mempunyai beberapa kes positif (Covid-19), sesetengahnya secara amnya tidak sihat, jadi kami tidak mengambil risiko.

"Kami akan mempunyai tujuh (pemain) yang tidak tersedia. (Siapa mereka) sesuatu yang anda akan lihat pada masanya... Ia telah (sepanjang) beberapa hari lalu. Secara umum, anda mula melihat beberapa kes lagi dan, bagi kami, ia sentiasa mengenai kesihatan pemain kami.

"Kami masih mempunyai skuad yang kuat di sini, tetapi malangnya ia bukan skuad yang cergas sepenuhnya," kata Rodgers.

Untuk rekod, pemain tengah Youri Tielemans dan pemain pertahanan Ryan Bertrand berada senarai untuk perlawanan tersebut selepas pulih daripada kecederaan.

Pengurus Tottenham Hotspur, Antonio Conte sebelum ini turut berdepan masalah sama apabila lapan pemainnya positif Covid-19 menjelang perlawanan Liga Konferens Europa menentang kelab Ligue 1, Stade Rennes di London.

Artikel Berkaitan: