Wakaf RM300,000 bantu 40 belia

Sumbangan kepada YWM diberikan sempena Majlis Pelancaran Kempen Kutipan Wakaf Tunai YWM menerusi konsep wakaf bertempoh di bawah Program iTEKAD CIMB Islamic Rider Enterpreneur, di ibu negara pada Rabu.
Sumbangan kepada YWM diberikan sempena Majlis Pelancaran Kempen Kutipan Wakaf Tunai YWM menerusi konsep wakaf bertempoh di bawah Program iTEKAD CIMB Islamic Rider Enterpreneur, di ibu negara pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) menyasarkan kutipan dana wakaf berjumlah RM300,000 yang bakal digerakkan menerusi konsep wakaf bertempoh di bawah kerjasama Program iTEKAD CIMB Islamic Rider Enterpreneur.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata, usaha tersebut merupakan inisiatif baharu yang diperkenalkan dalam usaha membantu golongan belia dan individu terjejas dengan pandemik Covid-19 sebagai penjana ekonomi keluarga.

Menurutnya, program berkenaan akan membantu mendidik penerima terlibat untuk menguruskan kewangan dengan baik di samping meningkatkan skil perniagaan untuk jangka masa panjang.

“Menerusi sesi Closed Door Intelellectual Discourse on Wagf Muaqqat anjuran Yayasan Waqaf Malaysia dengan kerjasama CIMB Islamic Bank pada 4 Ogos 2021, Jawatankuasa dan Panel Syariah kedua-dua agensi telah bersetuju dengan penggunaan konsep dan struktur Wakaf Bertempoh bag Program iTEKAD CIMB Islamic Rider Entrepreneur.

“Pendekatan prinsip wakaf dalam pelaksanaan program ini adalah pewakaf merupakan orang awam / mana-mana institusi yang berminat.

“Harta yang diwakafkan adalah motosikal; Penerima wakaf pula adalah peserta Program iTEKAD CIMB Islamic Rider Entrepreneur; dan Penyataan wakaf akan dinyatakan secara jelas dalam dokumen wakaf.

“Pengaplikasian Wakaf Bertempoh bagi menjayakan pelaksanaan program ini adalah selama 12 bulan di mana permulaan dan pengakhiran tempoh wakaf tertakluk kepada tarikh penyerahan harta wakaf (iaitu motosikal) kepada penerima wakaf,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Kutipan Wakaf Tunai YWM, di sini pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Dari kiri, Ketua Pegawai Eksekutif YWM, Prof Madya Dr Amir Shaharuddin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad; dan Ketua Serantau, Penasihat Syariah & Tadbir Urus CIMB Islamic Bank, Ahmad Suhaimi Yahya pada Majlis Pelancaran Kempen Kutipan Wakaf Tunai YWM di ibu negara pada Rabu.
Dari kiri, Ketua Pegawai Eksekutif YWM, Prof Madya Dr Amir Shaharuddin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad; dan Ketua Serantau, Penasihat Syariah & Tadbir Urus CIMB Islamic Bank, Ahmad Suhaimi Yahya pada Majlis Pelancaran Kempen Kutipan Wakaf Tunai YWM di ibu negara pada Rabu.

Beliau menjelaskan, kaedah pelaksanaan yang berkonsepkan ariyah atau pinjaman akan diguna pakai.

“Yayasan Waqaf Malaysia akan membuat kutipan wakaf tunai di bawah skim Sijil Wakaf Tunai Pembangunan Ekonomi di platform CIMB Clicks!.

“Dana wakaf terkumpul akan ditukarkan kepada motosikal (iaitu 'ain wakaf) dan diserahkan kepada Yayasan Belia Malaysia secara Wakaf Bertempoh yang terikat selama 12 bulan.

“Dalam tempoh pewakafan yang sama, Yayasan Belia Malaysia akan menyerahkan motorsikal tersebut kepada peserta program sebagai pinjaman. Setelah tamat tempoh pewakafan, YWM akan membenarkan Yayasan Belia Malaysia untuk menghibahkan motosikal tersebut kepada peserta program setelah mereka berjaya menamatkan program tersebut mengikut terma yang dipersetujui,” katanya.

CIMB Islamic Bank merupakan fasilitator sepanjang tempoh program selama 12 bulan.