X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 17 Januari 2022

Kanabis ditemui di bilik janakuasa pangsapuri, bukan stor TNB

Gambar hiasan
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menafikan kenyataan penemuan dadah jenis kanabis seberat 12.92 kilogram (kg) yang dikatakan ditemui di stor simpanan milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, lokasi sebenar penemuan dadah berkenaan adalah di sebuah bilik jana kuasa di salah satu blok di Vista Angkasa, Jalan Kerinchi di sini.

"Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields ingin memohon maaf atas kekhilafan dalam menyatakan tempat kejadian sebenar dadah tersebut dijumpai," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis rampas 12.92kg kanabis dalam stor TNB

Sinar Harian pada Rabu melaporkan berkenaan penemuan sebanyak 12.92 kg kanabis dianggarkan bernilai RM32,315 yang ditemui di dalam sebuah stor simpanan di sini.

Mengulas lanjut, Amihizam berkata,jumlah keseluruhan dadah yang dirampas boleh dibekalkan kepada seramai 4,308 orang pengguna.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mana jika disabitkan dengan kesalahan boleh membawa kepada hukuman gantung sampai mati," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!