Kebanyakan sektor dijangka menaikan gaji pekerja tahun depan - Penganalisis

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR: Firma penyelidikan pekerjaan global Robert Walters menjangkakan pembukaan sektor ekonomi dan pemulihan perniagaan akan mendorong kebanyakan syarikat menaikkan gaji pekerja sekitar 3 hingga 5 peratus tahun hadapan.

Pengarah Robert Walters Malaysia dan Filipina, Kimberlyn Lu, berkata banyak syarikat serta organisasi akan melaksanakan semakan gaji tahunan am pada tahun 2022.

Dalam satu kenyataan, tinjauan mendapati utara semenanjung akan menyaksikan pasaran pekerjaan akan lebih agresif pada tahun 2022.

"Ini berikutan sektor pembuatan dijangka berkembang pesat berikutan infrastruktur yang baik dan inisiatif kerajaan untuk menarik pelabur asing dalam usaha mereka mengembangkan perniagaan.

"Dengan kehadiran pelabur baharu di rantau ini, pekerjaan dalam sektor semikonduktor yang melibatkan semua bidang daripada

ujian pembangunan, ujian fungsi kepada operasi dan proses kejuruteraan akan mendapat permintaan tinggi," katanya.

Mereka yang menukar pekerjaan dalam sektor ini boleh menjangkakan peningkatan gaji sekitar 15 hingga 20 peratus berikutan kehadiran pelabur baharu yang bersaing untuk mendapatkan pekerja yang memiliki kemahiran tinggi.

Jelas beliau, pembukaan semula ekonomi memangkinkan pemulihan kukuh dalam aktiviti pengambilan pekerja di negara ini merentas semua sektor, daripada perkhidmatan kewangan dan segmen pengguna kepada penjagaan kesihatan serta pembuatan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, 45 peratus daripada responden bersetuju dengan sentimen ini, kerana mereka sudah mencari peluang baharu dalam sektor terbabit.

"Pemulihan perniagaan juga menimbulkan suasana pasaran pekerjaan yang lebih yakin. Tiga daripada setiap empat (75 peratus) responden optimis terhadap peluang pekerjaan dalam sektor masing-masing," katanya.

Secara umum, peningkatan gaji dan peluang pekerjaan bergantung kepada industri dan kemahiran.

Tinjauan gaji secara global oleh firma perunding pengambilan profesional terkemuka dunia Robert Walters ini meliputi 31negara termasuk Malaysia.