Najib masih ada peluang rayuan di Mahkamah Persekutuan

Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang disabit dengan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC).
Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang disabit dengan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC).
A
A
A

KUALA LUMPUR - Keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya menolak rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta dihadapinya membuktikan proses pentadbiran keadilan di negara ini dilaksanakan dengan baik.

Menurut Peguam Bela dan Peguam Cara, Datuk Salehuddin Saidin, meskipun ditolak rayuan, namun Najib jelasnya mempunyai peluang mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

ARTIKEL BERKAITAN:Kronologi kes SRC

"Bermakna pihak Datuk Seri Najib Razak ada tempoh masa 10 hari untuk failkan notis rayuan kepada Mahkamah Persekutuan atas keputusan yang telah dibuat di Mahkamah Rayuan itu tadi.

"Di Mahkamah Persekutuan akan berlaku proses sama, kedua dua pihak (pembelaan dan pendakwaan) akan bentang kes mereka berdasarkan alasan diberikan Mahkamah Rayuan di dalam mengekalkan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi," jelasnya.

Tambah Salehuddin, pihak pembelaan mempunyai peluang untuk mengemukakan keterangan baharu seperti mana yang ditolak Mahkamah Rayuan sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN:Mahkamah Persekutuan ‘talian hayat’ terakhir

"Apa yang boleh saya katakan berdasarkan keputusan Mahkamah Rayuan, proses pentadbiran keadilan negara telah dilaksanakan dengan cara baik berdasarkan konsep 'Rule of law'.

Artikel Berkaitan:

"Di mana pihak terbabit dalam kes ini telah diberi peluang di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan membentangkan kes mereka bagi memastikan sabitan dan hukuman telah mengambil kira pelbagai perspektif.

"Ini bukan berakhir di sini sahaja, malah ada satu lagi peluang Datuk Seri Najib meneruskan rayuan di Mahkamah Persekutuan, dan akan dibicarakan dihadapan Hakim lebih berpengalaman dan 'senior' untuk meneliti semula segala hujahan kedua-kedua pihak," jelasnya lagi.

Salehuddin Saidin
Salehuddin Saidin

Keterangan Baharu

Mengulas mengenai peluang pihak pembelaan membawa keterangan baharu seperti mana yang ditolak Mahkamah Rayuan semalam, jelas Salehuddin, ruang itu boleh diberikan namun bergantung kepada syarat-syarat yang dikenakan Mahkamah Persekutuan ketika prosiding rayuan berlangsung.

"Pihak pembelaan mempunyai ruang memnbangkitkan isu-isu berkaitan keterangan baharu.

"Andai kata mereka dapat buktikan keterangan baru tidak relevan ketika perbicaraan lalu, dan keterangan ini adalah satu keterangan sahih, relevan dan boleh membangkitkan keraguan munasabah pada pihak pendakwaan.

"Tetapi ini telah ditolak di Mahkamah Rayuan tetapi semalam (Mahkamah) ada menyatakan mereka boleh cuba membuat permohonan sama di Mahkamah Persekutuan, ini bermakna memberi ruang pihak pembelaan membangkitan isu di sana," jelasnya lagi.

Terdahulu, Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang disabit dengan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC).

ARTIKEL BERKAITAN:Najib didapati kekal bersalah

Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil bersama-sama Hakim Datuk Has Zanah Mehat dan Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera memutuskan untuk menolak rayuan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Pekan itu ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai tahun lepas. - Awani