Aksi Tottenham-Rennes seperti biasa

Stadium Tottenham Hotspur laman rasmi Tottenham.
Stadium Tottenham Hotspur laman rasmi Tottenham.
A
A
A

PERLAWANAN Liga Konferens Europa, Tottenham Hotspur menentang Rennes dalam aksi Kumpulan G akan tetap berlangsung biarpun sebahagian pemain kelab London itu positif Covid-19.

Jurucakap Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) berkata, perlawanan melibatkan Tottenham Hotspur menentang Stade Rennes akan tetap berlangsung di Stadium Tottenham Hotspur seperti yang dijadualkan sebelum ini.

Untuk rekod, Peraturan UEFA, untuk menangguhkan perlawanan Liga Konferens Europa, sesebuah pasukan perlu mempunyai kurang daripada 13 pemain atau tiada penjaga gol yang didaftarkan.

Skuad kendalian Antonio Conte itu memerlukan kemenangan ke atas gergasi Ligue 1 tersebut bagi mengesahkan kemaraan ke pusingan kalah mati selepas diekori rapat Vitessi Arnhem dari Belanda.

Difahamkan pada beberapa pemain skuad utama Tottenham positif Covid-19 termasuk juga kakitangan kejurulatihan juga turut terjejas sementara lebih banyak ujian akan dijalankan selepas ini.

Anak buah Conte dijangka bertandang ke Stadium Amex menentang Brighton dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad.

Artikel Berkaitan: