Perkasa sistem makanan negara

Ronald (kiri) bersama Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, Zamri (dua dari kiri) memegang sampel beras hasil tanaman padi projek bersepadu di Kg Namdam, Kedah pada Majlis Pra Pelancaran Kad Pintar Keluarga Peladang (Peladang-i).
Ronald (kiri) bersama Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, Zamri (dua dari kiri) memegang sampel beras hasil tanaman padi projek bersepadu di Kg Namdam, Kedah pada Majlis Pra Pelancaran Kad Pintar Keluarga Peladang (Peladang-i).
A
A
A

Program Smart SBB dilaksanakan untuk memastikan daya tahan sistem makanan negara kekal utuh

Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara (Pelan Tindakan DSMN) 2021-2025 merupakan antara komitmen Kementerian Pertanian dan Industi Makanan (MAFI) terhadap sekuriti makanan negara, terutamanya dalam menangani impak Covid-19 terhadap sistem makanan.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, pelan itu bermatlamatkan pemerkasaan daya tahan sistem makanan negara agar kekal utuh melalui beberapa inisiatif termasuk Program Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB).

Menurutnya, keprihatinan kerajaan terhadap isu sekuriti makanan negara juga bersandarkan kepada populasi penduduk negara yang akan terus meningkat untuk tempoh 10 tahun akan datang seiring dengan peningkatan risiko pengeluaran sumber makanan.

“Kadar Tahap Sara Diri (SSL) beras negara ketika ini berada pada paras sekitar 70 peratus, menyebabkan negara masih bergantung kepada bekalan beras import A daripada Vietnam, Thailand, Kemboja, India dan Pakistan.

“Keperluan bekalan padi bagi pemprosesan beras domestik dijangka terus meningkat dan pada masa sama trend pengimportan beras dari luar negara perlu dikurangkan bagi tujuan sekuriti bekalan makanan negara, produktiviti padi di peringkat domestik perlu ditingkatkan.

“Keperluan bekalan padi bagi pemprosesan beras domestik dijangka terus meningkat dan pada masa sama trend pengimportan beras dari luar negara perlu dikurangkan bagi tujuan sekuriti bekalan makanan negara, produktiviti padi di peringkat domestik perlu ditingkatkan.

Artikel Berkaitan:

Pelaksanaan Program Smart SBB juga merupakan antara solusi yang dirangka untuk meningkatkan produktiviti industri padi dan beras negara dengan memperluaskan adaptasi teknologi, menambahbaik infrastruktur dan fasiliti sedia ada untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti berteraskan skala ekonomikal.

Ronald diberi penerangan mengenai progres tanaman padi melalui projek Smart SBB.
Ronald diberi penerangan mengenai progres tanaman padi melalui projek Smart SBB.

Program ini menyasarkan peningkatan purata hasil per hektar daripada 3.5 tan metrik kepada 7.0 tan metrik dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) melalui pelbagai kaedah pelaksanaan seperti pertanian kontrak dan sewaan.

“Kejayaan Program Smart SBB dengan sasaran seluas 300,000 hektar secara berperingkat dapat diterjemahkan melalui pencapaian AKM (Aspirasi Keluarga Malaysia) MAFI.

“Sehingga 16 November 2021, bilangan penglibatan pesawah adalah seramai 3,811 pesawah, melebihi sasaran 1,085 dan peningkatan pendapatan pesawah sehingga 50 peratus.

“Bukan sesuatu yang mudah untuk MAFI meyakinkan para pesawah untuk sama-sama menjayakan program baharu, namun akhirnya pilihan mereka amat berbaloi,” ujarnya.

Baginya, sudah sampai masa pihak swasta diberi peluang memainkan peranan menerajui industri padi dan beras negara bagi menyuntik semangat baru kepada industri padi dan beras melalui pendekatan baru dengan memanfaatkan sumber modal pembiayaan swasta semaksimum mungkin.

Kementeriannya berhasrat untuk menarik pelaburan swasta bagi menjadikan industri padi dan beras negara lebih dinamik dan berdaya saing.

Program Smart SBB Sesi 1/2021 disertai oleh 11 buah syarikat peneraju dalam membangunkan kawasan penanaman padi dengan sasaran seluas 300,000 hektar secara berperingkat.

PROGRAM SMART SAWAH BERSKALA BESAR (SMART SBB)

- Melibatkan 3,811 pesawah, melebihi sasaran 1,085 pesawah
- Manfaat peningkatan pendapatan pesawah sehingga 50 peratus
- 7 buah syarikat peneraju tandatangani MoU bagi sesi 2/2021 SMART SBB
- Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025, bertepatan dengan keperluan sekuriti makanan negara.