Sila log masuk terlebih dahulu.

Lelaki maut, motosikal hilang kawalan di selekoh

Keadaan motosikal ditunggangi mangsa yang terbabit kemalangan dan berlanggar dengan sebuah kereta serta lori pada petang Selasa.
Keadaan motosikal ditunggangi mangsa yang terbabit kemalangan dan berlanggar dengan sebuah kereta serta lori pada petang Selasa.
A
A
A

KUANTAN - [DIKEMASKINI] Seorang penunggang motosikal maut selepas hilang kawalan dan belanggar dengan sebuah kereta di Kilometer 42.3 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak pada Selasa.

Kejadian jam 2.45 petang berlaku ketika mangsa, Abd Fatah Syukri Abd Ghani, 32, dari Bukit Tinggi dalam perjalanan menghala ke Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, sebaik melalui satu selekoh motosikal mangsa hilang kawalan dan belanggar dengan sebuah kereta Perodua Myvi.

Menurutnya, selepas itu motosikal mangsa melanggar penghalang besi belakang tayar sebuah lori tangki yang membawa muatan minyak sawit.

"Akibat pelanggaran itu, mangsa terjatuh di tengah jalan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan akhbar pada Rabu.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Bentong, Asisten Superintendan Zulkifli Yahaya bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan: