Majlis JP Kelantan sumbang RM7,000 untuk mangsa kebakaran

Rosnazli (tiga dari kiri) menyampaikan bantuan kepada salah seorang mangsa kebakaran di Lorong Nik Pa, Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu pada Selasa.
Rosnazli (tiga dari kiri) menyampaikan bantuan kepada salah seorang mangsa kebakaran di Lorong Nik Pa, Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu pada Selasa.
A
A
A

KOTA BHARU – Majlis Jaksa Pendamai (JP) Kelantan menyumbangkan RM7,000 kepada tujuh keluarga yang terlibat dalam kebakaran di Lorong Nik Pa, Jalan Sultanah Zainab di sini pada awal November lalu.

Setiausaha Majlis JP Kelantan, Datuk Mohd Riduan Junoh berkata, sumbangan sebanyak RM1,000 bagi setiap keluarga itu merupakan salah satu khidmat sosial masyarakat dalam membantu orang ramai.

“Majlis JP Kelantan berada di bawah naungan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V. Kedatangan kami juga merupakan atas dasar keprihatinan Tuanku atas musibah yang berlaku kepada rakyat,” katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.

Turut hadir ialah Ketua Jajahan Kota Bharu, Rosnazli Amin.

Mohd Riduan berkata, Majlis JP Kelantan juga sering menyalurkan bantuan kepada golongan B40, mereka yang terkesan dengan Covid-19 dan mangsa banjir ketika musim tengkujuh.

Pihaknya berharap dengan bantuan berkenaan sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan beban mangsa.

“Kami berharap ia dapat membantu mangsa-mangsa terlibat sekurang-kurangnya untuk memberi kelengkapan diri untuk memulakan kehidupan baharu selepas ini.

“Insya-ALLAH kita akan pertimbangkan lagi sekiranya ada bantuan lain yang boleh dihulurkan selepas ini. Sama-sama kita membantu mereka yang berdepan musibah ini tanpa mengenal darjat, agama dan bangsa,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: