Arsenal tidak cukup bagus

Arteta
Arteta
A
A
A

PENGURUS Arsenal, Mikel Arteta menyifatkan anak buahnya bermain tidak cukup bagus selepas terpaksa akur kalah 2-1 pada minit akhir perlawanan kepada Everton.

Pada perlawanan tersebut, Arsenal mendahului permainan menerusi Martin Odegaard namun penyerang Everton, Richarlison berjaya mengikat kedudukan.

The Gunners yang mengalami kekalahan ketiga dalam empat perlawanan Liga Perdana Inggeris terpaksa berputih mata di laman sendiri selepas percubaan yang dilakukan Demarai Gray pada minit ke-92 membolosi gawang Arsenal.

Arteta merasakan pemainnya dihukum kerana gagal mengawal permainan dengan baik yang menyaksikan kelab London itu kalah tiga kali berturut-turut kepada Everton buat kali pertama sejak 1986.

“Pada separuh masa pertama, kami mempamerkan permainan yang sangat tidak konsisten. Kami tidak mempunyai banyak peluang tetapi berjaya menyudahkan salah satu darinya.

"Separuh masa kedua, kami cuba bermain lebih baik, mencipta empat peluang besar, tetapi kelekaan pemain menyebabkan gawang gol kami dibolosi.

"Kami tewas beberapa perlawanan penting dan ia memberi tekanan kepada kami," katanya.

Kekalahan tersebut menyaksikan Arsenal kini berada di kedudukan ketujuh dibezakan satu mata dengan Manchester United di tempat keenam.

Artikel Berkaitan:

Untuk rekod, Arsenal telah tewas dalam perlawanan Liga Perdana berturut-turut apabila menjaringkan gol pertama dalam setiap perlawanan.

Kali pertama mereka melakukannya adalah pada Disember 2016, dengan satu daripada kekalahan itu juga kalah 2-1 menentang Everton di Goodison Park dan kekalahan kepada Manchester City 2-1.