Polis buru Ayep Hitam

Muhammad Farid yang dikenali sebagai Ayep Hitam diburu polis
Muhammad Farid yang dikenali sebagai Ayep Hitam diburu polis
A
A
A

GOMBAK - Polis memburu seorang lelaki, Muhammad Farid yang dikenali sebagai Ayep Hitam kerana dipercayai terlibat samun bersenjata parang di Taman Sri Gombak, 5 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, pihaknya berjaya mengesan seorang suspek dipercayai terlibat dalam kes itu.

"Seorang suspek sudah dikenal pasti sementara seorang lagi berusia 24 tahun masih diburu.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung suspek diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Jegathiswaran di talian 010-9671818 atau hubungi balai polis berhampiran,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan menggunakan senjata.

Dalam kejadian Selasa minggu lalu itu, suspek dan seorang rakan menyerang suri rumah berusia 54 tahun di depan rumah mangsa kira-kira jam 2 petang.

Mangsa kerugian kira-kira RM7, 000 selepas gelang dan rantai emas milik dipakainya dilarikan suspek.

Artikel Berkaitan: