Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar dibina atas titah Sultan Perak ke-28 yang mahu bayar nazar

Masjid Ubudiah Kuala Kangsar, Perak mula dibuka pada tahun 1917.
Masjid Ubudiah Kuala Kangsar, Perak mula dibuka pada tahun 1917.
A
A
A

KEUNIKAN Masjid Ubudiah yang terletak di bandar diraja Kuala Kangsar, Perak mempunyai kisahnya sendiri.

Lokasinya terletak bersebelahan dengan kawasan pemakaman diraja Bukit Chandan.

Masjid indah itu dibina di atas titah Sultan Perak ke-28, Sultan Idris Mursyidul Azam Shah kerana menunaikan nazar baginda (1887-1916).

Upacara peletakan asas masjid itu dilaksanakan pada 26 September 1913.

Bagaimanapun, pembinaan masjid itu pernah tergendala beberapa tahun ekoran kerosakan ketul-ketul marmar di tempat simpanannya yang telah dipijak oleh dua ekor gajah kepunyaan Sultan Idris dan Raja Chulan.

Ia sekali lagi tergendala apabila pesanan batu marmar baharu dari Itali lambat sampai selepas tercetusnya Perang Dunia Pertama.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

Akhirnya, masjid itu berjaya dibina dan dibuka secara rasminya pada 1917 oleh Sultan Abdul Jalil Nasruddin Shah iaitu Sultan Perak yang menggantikan Sultan Idris yang mangkat pada tahun 1916.

Reka bentuk masjid ini adalah cetusan idea seorang arkitek kerajaan, A.B. Hubback yang mempunyai pengaruh seni bina 'Saracenic' (Islam-India).

Manakala kerja-kerja pelaksanaannya diletakkan di bawah kelolaan Ketua Jurutera Negeri Perak, Caufield.

(Sumber: Portal Rasmi Arkib Negara Malaysia & Laman Web Rasmi Majlis Perbandaran Kuala Kangsar)