'Pertembungan empat penjuru persaingan sihat'

Dari kiri: Atet Dego, Leslie, George Young dan Hamzah pada penamaan calon di Institut Pendidikan Guru Tun Abdul Razak, Kota Samarahan pada Isnin.
Dari kiri: Atet Dego, Leslie, George Young dan Hamzah pada penamaan calon di Institut Pendidikan Guru Tun Abdul Razak, Kota Samarahan pada Isnin.
A
A
A

KOTA SAMARAHAN - Setiausaha Politik Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Hamzah Brahim menyifatkan pertembungan empat penjuru bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Stakan merupakan persaingan sihat dalam politik.

Beliau yang bertanding menggunakan tiket Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkata, tanpa saingan dari parti lawan, ia bukanlah satu pertandingan yang baik.

"Sehubungan itu, saya tidak melihat calon-calon daripada parti lain sebagai musuh kerana penambahbaikan seseorang calon adalah daripada persaingannya.

"Ini merupakan satu persaingan positif kerana kita bukan bersaing untuk menyalahkan pihak lawan, tetapi bersama-sama memberi tumpuan kepada pembangunan kawasan Stakan mengikut kapasiti masing-masing," katanya yang juga Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Muara Tuang.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas selesai penamaan calon di Institut Pendidikan Guru Tun Abdul Razak di sini pada pagi Isnin.

Hamzah akan bersaing dengan George Young Si Ricord dari Parti Sarawak Bersatu (PSB), Leslie Ting Xiang Zhi (DAP) dan Atet Dego mewakili Parti Bumi Kenyalang (PBK).

Ikuti perkembangan semasa #PRNSarawak dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my

Artikel Berkaitan: