45 calon wanita tanding PRN Sarawak

Soo Lina (dua dari kiri) daripada Parti Aspirasi Rakyat Sarawak adalah antara calon wanita yang mencuba nasib dalam PRN Sarawak ke-12 kali ini. - Foto BERNAMA
Soo Lina (dua dari kiri) daripada Parti Aspirasi Rakyat Sarawak adalah antara calon wanita yang mencuba nasib dalam PRN Sarawak ke-12 kali ini. - Foto BERNAMA
A
A
A

KUCHING - Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 yang bermula pada Isnin dengan proses penamaan calon menyaksikan sebanyak 45 orang atau 12.9 peratus daripada keseluruhan 349 calon adalah wanita.

Parti Bumi Kenyalang (PBK) adalah parti yang paling banyak mengetengahkan calon wanita iaitu sebanyak 13 orang diikuti 10 daripada Parti Sarawak Bersatu (PSB), Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) (6), PKR (5), Gabungan Parti Sarawak (GPS) (4), DAP (4) dan Parti Amanah Negara (1). Selain itu, terdapat dua calon Bebas.

Antara nama besar calon wanita ialah Datuk Seri Fatimah Abdullah yang bertanding bagi mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dalat mewakili GPS dan Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, juga daripada GPS, yang mempertahan kerusi DUN Samariang.

Violet Yong Wui Wui daripada DAP turut bertanding mempertahan kerusi DUN Pending manakala Datuk Rosey Yunus dicalonkan semula oleh GPS bagi kerusi DUN Bekenu.

Presiden Aspirasi, Lina Soo pula bertanding di DUN Padungan.

Calon muda dan calon muka baharu daripada GPS Dayang Noorazah Awang Sohor bertanding di DUN Lingga, PSB menampilkan Intanurazean Wan Sapuan Daud di DUN Nangka manakala PKR meletakkan Cherishe Ng Phuay Hui di DUN Batu Lintang.

Bagi PBK, antara calon wanita sandaran mereka ialah Lim Lian Hun di Bukit Kota, Priscilla Lau di Bukit Assek dan Tiew Yen Houng di Pelawan.- Bernama

Ikuti perkembangan semasa #PRNSarawak dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my

Artikel Berkaitan: