X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 27 Januari 2022

AMB terima anugerah Pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia Terbaik

Azhan (dua dari kanan) mewakili AMB menerima anugerah Pemenang Sijil Pengesahan Halal Malaysia Terbaik yang disampaikan oleh Idris (empat dari kiri), semasa Persidangan Halal Kebangsaan 2021, pada 23 November lalu.
A
A

SHAH ALAM - Ajinomoto Malaysia Berhad (AMB) melakar sejarah apabila menerima anugerah Pemenang Sijil Pengesahan Halal Malaysia Terbaik di bawah Kategori Industri Besar oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 23 November lalu.

AMB dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima anugerah berprestij itu pada Persidangan Halal Kebangsaan 2021 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Ketua Pegawai Pengeluaran AMB, Azhan Mohamed telah mewakili AMB menerima anugerah itu yang disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, sebagai jenama yang terkenal, AMB sentiasa fokus sepenuhnya dalam mematuhi Piawaian Pensijilan Halal Malaysia bagi memenuhi keperluan pasaran tempatan dan eksport.

“Pemindahan kilang baharu ke Hab Halal di Bandar Enstek, Negeri Sembilan pada tahun 2022 akan terus mempromosikan kekuatan AMB sebagai syarikat makanan halal yang dipercayai serta digemari oleh semua pihak berkepentingan di seluruh pasaran tempatan dan luar negara, termasuk Timur Tengah,” kata kenyataan itu.

AMB telah wujud sejak tahun 1961, dengan operasi perniagaan pertamanya sebagai pengeluar tunggal Ajinomoto Monosodium Glutamat (MSG) di Malaysia.

Ini membuatkan AMB memperoleh reputasi sebagai salah satu syarikat Jepun yang pertama di negara ini.

Pada tahun 1965, AMB telah dianugerahkan pensijilan Halal berikutan permulaan operasi kilang Ajinomoto.

Syarikat Ajinomoto telah berkembang menjadi pengeluar makanan dan perasa yang dinamik, dengan menawarkan pelbagai jenama yang dipercayai oleh rakyat Malaysia di seluruh negara selama beberapa dekad.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!