Conte gembira namanya dilaungkan

Antonio Conte
Antonio Conte
A
A
A

PENGENDALI Tottenham, Antonio Conte mengakui dia berasa bertanggungjawab untuk memberikan aksi yang lebih baik kepada penyokong Spurs selepas mereka melaungkan namanya semasa kemenangan 3-0 ke atas Norwich.

Gol menakjubkan daripada Lucas Moura ditambah dengan jaringan separuh masa kedua daripada Davinson Sanchez dan Son Heung-min menyaksikan Spurs kekal tidak tewas dalam empat perlawanan Liga Perdana di bawah kendalian Conte.

Selepas beberapa siri pertukaran jurulatih, penyokong Spurs telah menyapa pengendali berbangsa Itali itu dengan laungan 'Antonio, Antonio, Antonio' ​​berkumandang di sekitar Stadium Tottenham Hotspur pada Ahad.

Malah penyokong Lilywhites berharap Conte dapat membina sesuatu yang istimewa selepas Spurs kini kembali dalam perlumbaan empat teratas, dua mata di belakang West Ham dengan baki satu perlawanan.

Menurut Conte, dia berterima kasih atas sokongan dan merasakan tanggungjawab untuk mempamer aksi terbaik buat penyokong.

"Sejujurnya, pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang menyanyikan nama saya.Saya sangat gembira dan sangat bersemangat selain ada banyak tanggungjawab terhadap peminat.

"Saya fikir mereka (penyokong) mempercayai kerja saya dan mendengar nama saya dulaungkan di stadium itu perkara gang bagus kerana saya baru sahaja tiba tidak sampai sebulan.

"Saya mahu menunjukkan pada penyokong bahawa saya layak untuk dapatkan sokongan seperti ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Conte turut memuji aksi yang ditampilkan pemain sayap pada perlawanan tersebut.

Ujarnya, Moura memiliki kualiti untuk menjaringkan gol dan Conte percaya pemain itu mampu untuk mendapat lebih jaringan pada baki aksi musim ini.

"Dia (Moura) menjaringkan gol yang menakjubkan selain mempunyai kualiti untuk menjaringkan lebih banyak gol dan dia perlu menjaringkan lebih banyak gol pada baki musim ini.

"Kami memerlukan pemain seperti ini. Dia sangat bagus bermain di bahagian hadapan selain mempunyai kualiti yang hebat untuk jadi seorang penyerang berbisa," katanya.