Kanak-kanak dikhuatiri maut dibaham buaya

Anggota bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dikhuatiri maut dibaham buaya di laut berhampiran Kampung Sinakut Felda Sahabat 16, Lahad Datu pada Ahad.
Anggota bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dikhuatiri maut dibaham buaya di laut berhampiran Kampung Sinakut Felda Sahabat 16, Lahad Datu pada Ahad.
A
A
A

LAHAD DATU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri maut dibaham buaya di laut berhampiran Kampung Sinakut Felda Sahabat 16, di sini, pada Sabtu.

Difahamkan, mangsa Mohammad Zolarian Abdullah disedari hilang oleh rakannya ketika mereka sedang mandi di kawasan laut kampung berkenaan.

Kejadian kemudian dilaporkan kepada pihak bomba pada jam 7.18 malam selepas mangsa tidak ditemui oleh penduduk kampung.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, lokasi kejadian terletak kira-kira 100 kilometer dari balai bomba berkenaan.

"Pemanggil memaklumkan terdapat seorang mangsa hilang di laut ketika sedang mandi dan menurut saksi yang juga rakan mangsa mengatakan mangsa dipercayai dibaham buaya.

"Bagaimanapun, operasi mencari dan menyelamat dilakukan bermula hari ini (Ahad) pada jam 7.40 pagi ke lokasi kejadian bersama empat anggota bomba BBP Lahad Datu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Ahad.

Katanya lagi, pencarian dilakukan di sekitar pantai iaitu seluas 10 kilometer dari lokasi kejadian.

"Bagaimanapun, sehingga jam 2 petang, belum terdapat sebarang tanda positif penemuan mangsa dan keadaan ketika ini hujan serta berangin," katanya.

Artikel Berkaitan: