Jazeman dilantikan Ahli lembaga Pengarah SIC

 Jazeman Jaafar
Jazeman Jaafar
A
A
A

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) hari ini mengumumkan pelantikan pelumba negara, Jazeman Jaafar sebagai Anggota Lembaga Pengarah Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam kenyataan berkata, lantikan pelumba berusia 26 tahun itu merupakan satu langkah bersejarah yang melibatkan anak muda.

“Seperti yang telah saya janjikan sebelum ini, terdapat lebih banyak pelantikan dalam kalangan generasi muda yang terlibat secara langsung dengan tadbir urus akan menyusul selepas ini.

“Pengalaman yang dimiliki beliau pastinya akan dimanfaatkan bagi menghadapi cabaran tersendiri industri sukan permotoran negara,” katanya.

Selain itu, Jazeman telah terlibat dalam industri sukan permotoran sejak berusia enam tahun.

Lebih membanggakan, beliau juga berjaya meraih kemenangan pertama di World Endurance Championship bersama pasukan negara tahun lepas menerusi kelas perlumbaan LMP2.

Beliau berkata berdasarkan pengalaman yang dimiliki, Jazeman akan dapat memberikan inspirasi dan ilham buat generasi muda untuk menceburi bidang sukan permotoran bukan hanya kerana minat malah sebagai kerjaya. - Bernama

Artikel Berkaitan: