Warga emas ugut pekerja restoran guna pisau

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja sebuah restoran menempuh detik menakutkan apabila diugut bunuh menggunakan pisau pemotong sayur oleh seorang warga emas dalam kejadian di Jalan Kaskas 3, Taman Cheras, di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Idzam Jaafar berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7 pagi apabila suspek bertemu mangsa di lokasi kejadian dengan membawa sebilah pisau pemotong sayur.

"Suspek telah memarahi dan mengugut untuk membunuh mangsa kerana mangsa menegur perbuatan suspek yang sering membuang air serta sampah dari atas restoran.

"Siasatan awal mendapati suspek menyewa rumah di atas restoran dan sering membuang air serta sampah dari rumahnya," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Katanya, polis telah mengenal pasti suspek yang berumur 60 tahun dipercayai terlibat dalam kejadian ini.

"Tndakan selanjutnya sedang dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: