Jual ayam, sayur, telur mahal, 162 peniaga Kelantan diberi notis

Adnan (kiri) menunjukkan ikan yang boleh diperoleh dengan harga murah pada Program Jualan #Keluarga Malaysia Peringkat Parlimen Rantau Panjang di Lubok Jong pada Sabtu.
Adnan (kiri) menunjukkan ikan yang boleh diperoleh dengan harga murah pada Program Jualan #Keluarga Malaysia Peringkat Parlimen Rantau Panjang di Lubok Jong pada Sabtu.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan memberikan notis bertulis kepada 162 peniaga bermula Januari hingga 4 Disember tahun ini.

Pengarah KPDNHEP Kelantan, Adnan Abd Rahman berkata, notis bertulis itu dikeluarkan bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

"Menerusi notis ini, peniaga terlibat perlu memberikan sebab kenapa mereka menaikkan harga," katanya ketika ditemui pemberita pada Program #Jualan Keluarga Malaysia Peringkat Parlimen Rantau Panjang di Lubok Jong pada Sabtu.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut, sebanyak 52 notis telah diberikan kepada peniaga ayam, 12 notis untuk peniaga telur dan lapan kepada penjual sayur-sayuran.

Adnan berkata, baki selebihnya melibatkan barangan-barangan lain seperti ikan, kedai makan, alat ganti dan banyak lagi.

"Seramai 133 penguat kuasa KPDNHEP Kelantan telah digerakkan ke seluruh negeri bagi melakukan pemeriksaan ke atas seluruh premis perniagaan.

"Selain itu, seramai 90 Pegawai Pemantau Harga (PPH) turut digerakkan bagi memastikan peniaga tidak menaikkan harga barangan," katanya.

Artikel Berkaitan: