X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 29 Mei 2022

UMNO dengar suara akar umbi

Gambar kecil: Noor Hariri
A
A

KOTA BHARU - Pemuda UMNO Kelantan menyambut baik saranan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang menyerahkan kepada 191 Bahagian UMNO di seluruh negara untuk tentukan masa hadapan Muafakat Nasional (MN).

Ketuanya, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, ini jelas membuktikan bahawa UMNO adalah parti yang mendengar suara ahli-ahli.

"Ahli akar umbi inilah yang akan menentukan sama ada MN kekal relevan ataupun sekadar modal retorik sesetengah parti. Kita dapat lihat di sini bagaimana Presiden UMNO tidak akan membuat keputusan bersendirian.

"Presiden dan pimpinan tertinggi akan mendengar keputusan majoriti akar umbi yang lebih tepat," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Jumaat.

Menurut beliau, UMNO dilihat masih kekal mempertahankan MN bersama Pas dengan pelbagai usaha dilakukan.

Beliau berkata, rakyat perlu tahu bahawa MN ini ditubuhkan ketika UMNO tiada kuasa dan ingin mengembalikan pemerintahan Melayu Islam.

Katanya, ia berbeza dengan Perikatan Nasional (PN) yang tertubuh setelah parti-parti ini menjadi kerajaan, ikatannya dilihat amat longgar dan terlalu bersifat mengejar kekuasaan serta materialistik.

"Rakyat sedar bahawa penolakan UMNO kepada Bersatu pula kerana tidak mahu kita dikaitkan dengan pelompat-pelompat parti yang menjadikan rakyat sebagai kuda tunggangan.

"Apa pun kami harap usaha mengembalikan kekuatan dalam MN ini disambut oleh akar umbi Pas yang lain. Jangan sia-siakan ukhuwah yang terjalin dengan linangan air mata ketika kita bersama menandatangani Piagam MN dua tahun lepas," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!