10 minit tahan sakit tersepit dalam kereta

Anggota bomba bertungkus lumus mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian pemandu yang terlibat dalam kemalangan Jalan Kampung Kubang Jela, Manir, Terengganu. (foto: ihsan BBP Kuala Terengganu)
Anggota bomba bertungkus lumus mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian pemandu yang terlibat dalam kemalangan Jalan Kampung Kubang Jela, Manir, Terengganu. (foto: ihsan BBP Kuala Terengganu)
A
A
A
KUALA TERENGGANU- Seorang pemandu terpaksa menahan kesakitan sekitar 10 minit tersepit dalam kereta akibat kemalangan membabitkan dua buah kenderaan pada kejadian di Jalan Kampung Kubang Jela, Manir di sini, petang Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat( BBP )Kuala Terengganu, Timbalan Penguasa Bomba, Rozizah Abni Hajar berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian pada jam 4.21 petang, lalu 10 anggota dikerahkan ke lokasi bersama sebuah water tender, sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan

(EMRS) dan satu utiliti.

"Setibanya di lokasi, seorang lelaki berusia awal 30-an yang merupakan pemandu kereta jenis Honda City tersepit di bahagian tempat duduk sebelum berjaya dikeluarkan oleh pasukan Bomba dengan menggunakan peralatan hidrolik lebih kurang 10 minit kemudian.

"Kami difahamkan penumpang kereta tersebut iaitu seorang wanita berusia 30-an, berjaya dikeluarkan oleh orang awam yang kebetulan berada di lokasi.

"Kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan ringan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Jumaat.

Menurut Rozizah, sebuah lagi kenderaan yang terlibat dalam kemalangan tersebut membabitkan pemandu lelaki dan seorang wanita yang juga penumpang kereta jenis Perodua Myvi hanya mengalami kecederaan ringan sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Nurzahirah (HSNZ), di sini bagi mendapatkan rawatan lanjut.

"Punca kejadian kemalangan masih dalam siasatan," katanya.

Sehubungan itu, Rozizah menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati memandu pada musim hujan kerana keadaan jalan raya yang licin dan penglihatan terbatas.
Artikel Berkaitan:


habis,