X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 23 Mei 2022

Hujan lebat berterusan di Kelantan, Terengganu sehingga esok

MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk tahap Jingga dengan jangkaan hujan lebat berterusan di Kelantan dan Terengganu sehingga 4 Disember.
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk tahap Jingga dengan jangkaan hujan lebat berterusan di Kelantan dan Terengganu sehingga 4 Disember.

MetMalaysia dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, hujan lebat berterusan di Kelantan dijangka berlaku di kawasan seperti Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai manakala di Terengganu melibatkan Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

Dalam kenyataan yang sama amaran hujan berterusan tahap kuning juga dikeluarkan untuk kawasan di Gua Musang (Kelantan), Kuantan, Pekan, Rompin (Pahang) dan Mersing dan Kota Tinggi (Johor).

Amaran hujan berterusan bermula 5 Dis hingga 7 Dis juga dikeluarkan untuk kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah di Sarawak.

MetMalaysia juga mengingatkan angin bertiup dari arah timur laut dijangka berpotensi membawa hujan berterusan dan angin kencang yang boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah di kawasan terbabit. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!