X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 28 Januari 2022

Liverpool perlu menang berdepan Wolves

Liverpool perlu menang ke atas Wolves. - Foto Sky Sports
A
A

SETELAH tewas 2-3 kepada West Ham 8 November lalu, Liverpool perlu mencatatkan kemenangan apabila berdepan Wolverhampton di Stadium Molineux, pada Sabtu.

Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp berkata, kemenangan berkenaan dilihat penting dalam usaha mengukuhkan lagi kedudukan The Reds dalam carta Liga Perdana Inggeris (EPL) kali ini.

“Kita perlu memenangi perlawanan ini kerana kita gagal mempertahankan rekod tanpa kalah apabila tewas kepada West Ham sebelum rehat antarabangsa, November lalu.

“Namun, kita berjaya bangkit selepas itu dengan menewaskan Arsenal, Southampton dan Everton.

“Lebih menarik, kita berjaya menjaringkan empat gol apabila apabila berdepan pasukan-pasukan ini,” katanya.

Sementara itu Klopp berharap kesemua pemain The Reds beraksi sebaik mungkin apabila berdepan Wolves kerana pasukan itu mampu melakukan kejutan pada bila-bila masa.

Oleh itu, katanya, semua pemain diminta untuk sentiasa berhati-hati dan tidak memandang mudah cabaran yang diberikan kelak oleh Wolves.

“Kita mesti teruskan rentetan kemenangan ini dan oleh kerana itu, kita tidak boleh menyerah kalah.

“Kemenangan perlu berterusan untuk kita terus memberikan tekanan kepada dua pasukan di atas kita (Chelsea dan Manchester City),” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!