X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 28 Januari 2022

Hujan berterusan, paras dua sungai utama meningkat

Hujan berterusan di beberapa kawasan di Kelantan sejak dua hari lalu mengakibatkan kenaikan paras air di beberapa sungai utama sejak awal pagi Jumaat.Gambar hiasan
A
A

KOTA BHARU – Hujan berterusan di beberapa kawasan di Kelantan sejak dua hari lalu mengakibatkan kenaikan paras air di beberapa sungai utama sejak awal pagi Jumaat.

Menurut laman rasmi info.banjir setakat jam 9 pagi Jumaat, aras Sungai Golok di Rantau Panjang kini mencatatkan bacaan 8.11 meter iaitu melebihi paras amaran 8.0 meter.

Selain itu, Sungai Kelantan di Kuala Krai juga mencatatkan bacaan melebihi tahap waspada iaitu 20.23 meter (waspada 20 meter) dan kedudukan semasa juga menunjukkan paras air di kedua-dua sungai berkenaan berada dalam trend menaik.

Melalui infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sehingga kini tiada pemindahan mangsa di lakukan namun penduduk dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga supaya dapat mengelak daripada kejadian tidak diingini.

Laman sesawang rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia turut meramalkan Kelantan mengalami hujan hampir setiap hari bermula 3 hingga 9 Disember melibatkan beberapa tempat dan kawasan pedalaman dengan minimum suhu 23 sehingga 29 darjah celcius.

Ramalan cuaca laut perairan Kelantan pula menunjukkan berlakunya ribut petir bermula 3 hingga 7 Disember dengan kelajuan angin 40 hingga 50 kilometer sejam dan ketinggian ombak bermula 2.5 hingga 3.5 meter.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!