X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 28 Januari 2022

Ringgit teruskan kerugian, ditutup rendah berbanding dolar AS

RINGGIT meneruskan kerugian pada Rabu untuk ditutup rendah berbanding dolar AS pada Khamis. Foto 123RF
A
A

RINGGIT meneruskan kerugian pada Rabu untuk ditutup rendah berbanding dolar AS pada Khamis apabila para pelabur beralih kepada mata wang yang lebih selamat kerana bimbang akan prospek ekonomi global susulan perkembangan terkini pandemik Covid-19, kata peniaga.

Pada jam 6 petang, ringgit disebut harga pada 4.2315/2345 berbanding dolar AS daripada 4.2180/2210 pada penutup Rabu.

Seorang peniaga berkata, kebimbangan yang semakin meningkat akan keberkesanan vaksin Covid-19 terhadap varian Omicron juga telah melemahkan sentimen pasaran.

Sementara itu, seorang peniaga lain berkata, harga minyak meningkat pada Khamis, menebus kerugian hari sebelumnya, dengan jangkaan Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC+) mungkin menangguh bekalan di tengah-tengah kerisauan penyebaran varian Omicron Covid-19 boleh menjejaskan permintaan bahan api.

Mata wang tempatan juga diniagakan rendah berbanding mata wang utama yang lain.

Ringgit menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0961/0988 daripada 3.0933/0957 pada penutupan Rabu dan lemah berbanding pound Britain kepada 5.6372/6412 daripada 5.6158/6198 semalam.

Unit tempatan turut merosot berbanding yen Jepun kepada 3.7397/7427 daripada 3.7173/7203 dan lemah berbanding euro kepada 4.7926/7960 daripada 4.7773/7807 sebelumnya. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!