X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 28 Januari 2022

Banjir kilat: Lima keluarga dipindahkan

Antara rumah penduduk yang dinaiki air akibat banjir kilat di Kampung Alor Damat, Batu Rakit, Kuala Nerus pada Khamis.
A
A

KUALA NERUS - [DIKEMASKINI] Lima keluarga di Kampung Alor Damat, Batu Rakit di sini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Kompleks Mengabang Telipot akibat banjir kilat yang melanda rumah mereka pada Khamis.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Nerus, Kapten (PA) Zahidi Zainudin berkata, PPS itu mula dibuka pada jam 4 petang bagi menempatkan seramai 25 mangsa banjir.

"Kenaikan air dipercayai berlaku akibat banjir kilat memandangkan kawasan terlibat merupakan kawasan rendah dan sistem perparitan yang tidak sistematik.

"Keadaan semasa cuaca di kebanyakan kawasan di Terengganu buat masa ini hujan renyai," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.

Difahamkan, air mula memasuki kediaman penduduk di kawasan berkenaan sejak jam 3 pagi sehingga mencecah ke paras 0.3 meter.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!