X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 16 Mei 2022

Pengadil ASTAF, ISTAF tidak dibenarkan terlibat dengan STL

Antara aksi menarik pada saingan STL 2020 lalu. - Foto FB Sepak Takraw League
A
A

KESEMUA pengadil Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) dan pengadil Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) tidak dibenarkan mengadili saingan Liga Sepak Takraw (STL) yang dijadualkan berlangsung mulai 7 Januari hingga 27 Mac 2022.

Perkara itu dinyatakan menerusi kenyataan media daripada pihak ASTAF pada Khamis yang turut melarang penglibatan kesemua pengadil berkenaan samada sebagai jurulatih, pegawai pasukan mahu pun selaku penonton.

Menurut kenyataan media berkenaan, segala larangan itu berikutan pihak penganjur iaitu Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) telah pun disingkirkan daripada menjadi ahli ASTAF pada 20 Mei 2021 lalu.

Sekiranya larangan itu tidak dipatuhi, tindakan disiplin akan diambil ke atas mereka dan ia melibatkan denda atau penggantungan atau kedua-duanya sekali.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Keputusan kami tak berganjak

PSM diminta hormati hukuman ASTAF

‘Keputusan kami tak berganjak’

ASTAF tarik semula lantikan pegawai PSM


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!