Bekas kumpulan pertama konstabel wanita meninggal dunia

Gambar dan maklumat Sariah yang dikongsikan orang ramai. -Foto Ihsan pembaca
Gambar dan maklumat Sariah yang dikongsikan orang ramai. -Foto Ihsan pembaca
A
A
A

TELUK INTAN - Salah seorang bekas kumpulan pertama Pasukan Polis Konstabel Wanita Tanah Melayu, Sariah Ali, 85, meninggal dunia kerana sakit tua di kediamannya, di Taman Cicely, di sini, petang tadi.

Berita itu disampaikan anak sulungnya, Zaidar Kamaruddin,60, tahun

Katanya, Allahyarhamah Sariah menghembuskan nafas terakhirnya ketika sedang tidur, kira-kira jam 2.20 petang dan disahkan oleh pihak Hospital Teluk Intan.

"Emak sihat seperti biasa dan elok saja masa sarapan pagi tadi.

"Tapi ketika kejutkan emak untuk makan tengah hari, baru kami sedar dia sudah tiada meninggalkan kami," jawabnya ringkas.

Menurut Zaidar, jenazah ibunya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid At-Taqwa, Jalan Padang Tembak, Teluk Intan, jam 9 pagi esok.

Allahyarhamah Sariah menjadi anggota polis selepas menerima surat tawaran bagi latihan konstabel polis wanita pada 1 Ogos 1956.

Terdahulu pada 2017, Sinar Harian pernah melaporkan kisah mengenai pengalaman manis dan pengorbanan Sariah menyertai kumpulan pertama Pasukan Polis Konstabel Wanita bersama 53 lagi yang terpilih.

Artikel Berkaitan:

Allahyarhamah Sariah akan teus dikenang tambahan, tergolong dalam kelompok kumpulan wanita pertama yang direkrut.

Sariah turut berkenalan dengan Allahyarham suaminya Kamaruddin Mohd Nordin ketika dia ditugaskan di bahagian cawangan trafik di Kuala Lumpur selepas tamat latihan.

Bagaimanapun arwah suaminya pergi dahulu meninggalkannya ketika mereka menunaikan haji bersama pada tahun 1983, setahun selepas bersara dan menetap di Taman Cicely, Teluk Intan.