X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 20 Mei 2022

Tze Yong raih gelaran ketiga, muncul juara Terbuka Scotland 2021

Ng Tze Yong
A
A

PEMAIN perseorangan lelaki negara sedang meningkat naik, Ng Tze Yong mempamerkan satu lagi aksi hebat untuk melakar gelaran antarabangsa keempatnya selepas muncul juara Terbuka Scotland 2021 di Glasgow pada Ahad.

Pemain berusia 21 tahun itu bagaimanapun mengambil masa 50 minit sebelum menewaskan seorang lagi pemain negara yang juga bekas rakan sepasukan dalam skuad kebangsaan, Soong Joo Ven 21-18, 21-14 sebelum mengesahkan kejuaraan ketiganya untuk tahun ini.

Tze Yong yang membuat penampilan sulungnya pada saingan Piala Thomas bulan lepas, muncul juara kejohanan antarabangsa Australia Selatan 2019, Terbuka Poland 2021 dan Terbuka Belgium 2021.

Pemain berasal dari Johor yang menduduki ranking ke-62 dunia itu mengintai satu lagi gelaran apabila dijadual menyertai kejohanan antabangsa Welsh, dan akan berdepan pemain India Subhankar Dey pada Khamis.

“Saya rasa perlawanan malam tadi agak susah sebab kita pun dah tahu masing-masing punya corak permainan kerana dulu kita berlatih bersama untuk setahun.

“Jadi tengok siapa punya permainan lagi bagus pada final ini. Saya pasti akan cuba yang terbaik di kejohanan antarabangsa Welsh untuk merangkul satu lagi gelaran tahun ini,” katanya dalam rakaman video dikongsi oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Sementara itu, dua lagi wakil negara masing-masing menamatkan saingan dengan muncul naib juara.

Dalam saingan beregu lelaki, Wan Arif Wan Junaidi-Mohd Haikal Nazri tewas kepada pasangan tuan rumah Christopher Grimley-Matthew Grimley 22-20, 21-16.

Sementara dalam aksi beregu wanita pula, pasangan negara Anna Ching Yik Cheong- Teoh Mei Xing akur terpaksa tunduk 21-14 21-12 kepada pasangan pilihan Rachel Honderich-Kisten Tsai dari Kanada. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!