Kerajaan bincang pelbagai VTL dengan negara jiran serantau: Khairy

Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang berbincang pelbagai Laluan Perjalanan Vaksin (VTL) bersama negara jiran serantau seperti yang dilakukan antara Malaysia dan Singapura yang bermula secara rasmi hari ini.

Bagaimanapun, menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, rancangan itu akan dilakukan secara tersusun dengan mempertimbangkan kemunculan varian baharu Omicron.

Tambah Khairy, VTL melalui laluan udara dan darat antara Malaysia dan Singapura merupakan langkah pertama dalam pembukaan selamat sempadan atau #ReconnectingSafely antara negara jiran.

“Ujian calitan sebelum berlepas dan semasa ketibaan kekal dilaksanakan dan VTL hanya untuk pengembara yang telah menerima vaksin lengkap,” katanya menerusi ciapan terbaharu di akaun Twitter miliknya.

Pembukaan sempadan VTL melalui laluan udara dan darat antara Malaysia dan Singapura yang bermula hari ini merupakan mekanisme dipersetujui kedua-dua negara dan dijangka dapat memudahkan rakyat kedua-dua negara untuk pulang, tanpa menjalani kuarantin.

Seiring dengan perkembangan tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengadakan lawatan rasmi pertama beliau ke Singapura hari ini bagi memenuhi jemputan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong. - Awani

Artikel Berkaitan: