PRN Sarawak: Selepas Bersatu, giliran BN umum tidak letak calon

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berucap pada program Sepakat @Komuniti di Terminal Pengkalan Tanjung Manis pada Sabtu. - Foto Bernama
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berucap pada program Sepakat @Komuniti di Terminal Pengkalan Tanjung Manis pada Sabtu. - Foto Bernama
A
A
A

MUKAH - Barisan Nasional (BN) tidak akan menurunkan sebarang calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada 18 Disember depan, kata Tan Sri Annuar Musa.

Jelas Annuar, BN merupakan rakan akrab Gabungan Parti Sarawak (GPS), justeru ia tidak akan menyainginya.

"Kita sudah ada GPS yang disokongi kuat oleh rakyat Sarawak, dan sebuah kerajaan yang sangat berprestasi tinggi.

"Jadi tidak ada sebab untuk BN (bertanding di sini) walaupun keadaan ini buat pertama sekali dalam sejarah pilihan raya, sejak merdeka, BN tidak menyertainya, " katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Sepakat Komuniti di sini pada Sabtu.

"Jadi tidak ada sebab untuk BN (bertanding di sini) walaupun keadaan ini buat pertama sekali dalam sejarah pilihan raya, sejak merdeka, BN tidak menyertainya, " katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Sepakat Komuniti di sini pada Sabtu.- Awani

ARTIKEL BERKAITAN: Bersatu tidak bertanding di semua 82 kerusi DUN Sarawak: Muhyiddin

Artikel Berkaitan: