X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 18 Januari 2022

Koleksi barangan antik

A
A

Yong Kein Sun menyusun jam antik antara barangan koleksi antik yang dipamerkan di BM Muzium di Tanah Liat di sini.

Minat mendalam terhadap barang antik sejak usia muda, mendorong seorang ahli perniagaan itu membina sebuah muzium berkonsepkan rumah tradisional Melayu-Bali di Kampung Tanah Liat, Bukit Mertajam.

Antara barangan antik yang dipamerkan di muzium itu adalah pemain piring hitam, seterika arang, telefon, radio,roda kayu, kamera pinggan mangkuk, senjata peralatan perang, mesin taip dan sebagainya.

Kein Sun tidak mengenakan sebarang caj kepada pengunjung yang melawat muzium mininya, sekali gus menyebabkan galeri berkenaan kerap menerima tetamu, termasuk pelajar dan pelancong luar negara.

Menurut Kein Sun, minatnya terhadap barangan antik bermula daripada mengumpul peralatan kecil, sebelum beralih kepada barangan lebih besar yang berusia ratusan tahun.

Tambahnya lagi, kolesi barangan antik itu sukar diperolehi dan mungkin sudah tidak ada lagi. Jika ada yang mahu membeli barangan itu, termasuk menawarkan harga tinggi beliau tidak akan menjualnya.

Kebanyakan barangan antik yang dikumpul di muziumnya diperoleh dari negara jiran seperti Indonesia, Vietnam dan Myanmar.- Foto Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!