Empat kereta musnah terbakar di parkir rumah pangsa

Antara kereta yang musnah dalam kebakaran di tempat letak kereta sebuah blok rumah pangsa Taman Melati, Wangsa Maju di sini petang Jumaat.
Antara kereta yang musnah dalam kebakaran di tempat letak kereta sebuah blok rumah pangsa Taman Melati, Wangsa Maju di sini petang Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Empat buah kereta musnah dalam kebakaran di tempat letak kenderaan di Rumah Pangsa Taman Melati, Wangsa Maju di sini pada petang Jumaat.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Zaid Zainal berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan mengenai kejadian itu pada jam 4.04 petang.

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju serta bantuan dari BBP Setapak kemudian dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Kejadian melibatkan kebakaran empat buah kereta yang diletakkan di bawah khemah kawasan tempat letak kenderaan di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Katanya, pihaknya kemudian menjalankan kerja-kerja memadamkan kebakaran.

Antara kereta yang musnah dalam kebakaran di tempat letak kereta Rumah Pangsa Taman Melati, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada petang Jumaat.
Antara kereta yang musnah dalam kebakaran di tempat letak kereta Rumah Pangsa Taman Melati, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada petang Jumaat.

"Kebakaran melibatkan kereta jenis Proton Persona yang terbakar 100 peratus, Mercedes-Benz terbakar 100 peratus, Perodua Kancil terbakar 60 peratus dan Nissan Almera terbakar 30 peratus.

"Tiada mangsa yang terlibat dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan: