X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 21 Januari 2022

TFC akan buat rayuan kurangkan kompaun kepada KKM

JKNT mengeluarkan dua kompaun berjumlah RM20,000 susulan isu berkaitan pelanggaran SOP semasa perlawanan separuh akhir Piala Malaysia melibatkan pasukan TFC dan JDT di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Nerus, Isnin lalu.
A
A

TERENGGANU Football Club (TFC) Sdn Bhd akan membuat rayuan secara rasmi kepada Kementerian Kesihatan (KKM) bagi meneliti semula hukuman denda yang dikenakan terhadapnya.

Ia berikutan terdapat pelanggaran terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam kalangan penonton ketika menyaksikan perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia antara TFC dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) Isnin lepas, yang menyebabkan pasukan itu dikompaun.

Ketua Pegawai Operasinya, Mohd Sabri Abas berkata pihaknya mengakui kesilapan dan akur dengan hukuman yang diberikan, tetapi meminta supaya jumlah kompaun dapat dikurangkan, dengan melihat kepada situasi kewangan semasa.

"Kami mohon maaf dan mengambil tanggungjawab atas apa yang berlaku. Cuma minta supaya diberi pertimbangan bagi mengurangkan jumlah denda yang agak besar.

"Pihak pengurusan akan mengemukakan permohonan rasmi kepada KKM dalam masa terdekat dan berharap supaya mendapat maklum balas sewajarnya daripada pihak KKM," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), Datuk Dr Kasemani Embong dalam kenyataan pada Khamis berkata, TFC Sdn Bhd dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) masing-masing dikenakan kompaun RM10,000 di bawah Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

Ia kerana kedua-dua penganjur gagal dalam pengurusan penonton yang melibatkan penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka dengan sempurna ketika perlawanan berlangsung.

Bagaimanapun Mohd Sabri berkata TFC Sdn Bhd hanya akan menguruskan rayuan pengurangan kompaun bagi pihak kelab dan menyerahkan kepada MFL untuk mengambil tindakan susulan berhubung perkara itu. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:TFC, MFL dikompaun RM10,000


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!