X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 27 November 2021

Empat rakyat Malaysia di Ethiopia selamat

Kementerian sedang memantau rapat perkembangan terkini di Ethiopia berikutan konflik bersenjata antara Angkatan Pertahanan Nasional Ethiopia dan Gerakan Pembebasan Rakyat Tigray (TPLF). - Foto AFP
A
A

PUTRAJAYA - Empat rakyat Malaysia yang berada di Ethiopia dan berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Khartoum, Sudan berada dalam keadaan selamat susulan konflik bersenjata.

Kementerian Luar Negeri (KLN) menerusi kenyataannya berkata, pegawai kedutaan sentiasa berhubung rapat dengan mereka.

"Mereka dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mengutamakan keselamatan masing-masing serta menimbangkan untuk meninggalkan Ethiopia menerusi penerbangan komersial yang masih beroperasi," katanya pada Khamis.

KLN berkata, rakyat Malaysia yang berhasrat untuk melakukan lawatan ke Ethiopia juga dinasihatkan untuk menangguhkan sebarang perjalanan yang tidak mustahak buat masa ini.

"Kementerian sedang memantau rapat perkembangan terkini di Ethiopia berikutan konflik bersenjata antara Angkatan Pertahanan Nasional Ethiopia dan Gerakan Pembebasan Rakyat Tigray (TPLF)," katanya.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular di Ethiopia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Khartoum di talian +249 99 070 0350 atau e-mail [email protected]

Memetik laporan EBC Ethiopia, sepanjang dua hari lalu, tentera negara telah membunuh 12 komander Barisan Pembebasan Rakyat Tigray (TPLF).

Pada awal November, Parlimen Ethiopia mengisytiharkan darurat selama enam bulan di seluruh negara susulan TPLF bertindak memasuki ibu negara Addis Ababa.

Perkembangan itu mendorong beberapa negara mula mengosongkan misi diplomatik mereka di Ethiopia.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!