TNB tunai tanggungjawab, fokus pendidikan anak-anak B40

Ahli Lembaga Pengarah TNB, Datuk Ir. Nawawi Ahmad (tengah) melakukan penyerahan simbolik cermin mata kepada Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pembangunan Murid) Kedah, Ahmad Shukri Shafi e (tiga, kiri) di Langkawi, Kedah.

A
A
A

Pandemik Covid-19 tidak membataskan usaha murni Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memperkasa komuniti menerusi program tanggung jawab korporat di bidang pendidikan.

Komitmen diteruskan melalui peruntukan hampir RM15.9 juta tahun ini, merangkumi penajaan kemudahan pembelajaran atas talian, kelengkapan asas persekolahan murid dan aktiviti seperti bengkel, tuisyen serta persiapan peperiksaan.

Sejak 2013, TNB telah menaja dan melaksanakan pelbagai program di peringkat sekolah bagi memupuk generasi masa depan dan meringankan beban keluarga B40 terutama di kawasan luar bandar.

Sebahagian daripada 750 pelajar yang menerima sumbangan bantuan CKS berupa kelengkapan sekolah bagi sesi persekolahan 2020. Gambar ini semua diambil sebelum pandemik.
Sebahagian daripada 750 pelajar yang menerima sumbangan bantuan CKS berupa kelengkapan sekolah bagi sesi persekolahan 2020. Gambar ini semua diambil sebelum pandemik.

Bermula dengan Program Sekolah PINTAR yang diinspirasikan Khazanah Nasional, TNB telah dapat mengasah pencapaian akademik, bakat dan kecemerlangan menyeluruh lebih 4,088 pelajar di sekolah terpinggirIa secara tidak langsung memberi peluang kepada murid-murid ini meningkatkan keperibadian (self development) dan prestasi akademik mereka.

Melalui program Ceria ke Sekolah (CKS 2021), hasrat TNB untuk menceriakan suasana sesi persekolahan untuk anak-anak keluarga golongan B40 terlaksana apabila kelengkapan sekolah untuk sesi 2021 telah disalurkan kepada lebih 25,000 pelajar di negeri Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Pahang, Perak dan Terengganu.

Artikel Berkaitan:

Sebahagian daripada 308 pelajar SMK Bukit Bandaraya, SMK Sri Pantai dan SMK Bangsar membaca dengan cermin mata baharu yang disumbangkan TNB.
Sebahagian daripada 308 pelajar SMK Bukit Bandaraya, SMK Sri Pantai dan SMK Bangsar membaca dengan cermin mata baharu yang disumbangkan TNB.

Hampir RM3 juta telah berjaya disalurkan dengan kerjasama penuh pihak sekolah untuk mengenal pasti ibu bapa yang mempunyai beban tanggungan yang ramai untuk dibantu.

Sejak pelaksanaannya pada 2013, program Ceria Ke Sekolah telah membantu seramai 36,018 keluarga dengan jumlah sumbangan RM7.5 juta di Semenanjung Malaysia dan Sabah.

Lain-lain bantuan untuk B40

Seramai 750 pelajar golongan B40 di sekitar kejiranan Ibu Pejabat TNB, di Bangsar menerima sumbangan pakaian seragam, kasut dan beg sekolah serta alat tulis yang bernilai RM200 setiap seorang.

Penerima sumbangan cermin mata di bawah projek rintis Better. Brighter. Vision gembira menunjukkan cermin mata masing-masing.
Penerima sumbangan cermin mata di bawah projek rintis Better. Brighter. Vision gembira menunjukkan cermin mata masing-masing.

Di Langkawi, seramai 106 pelajar sekolah rendah dan 115 pelajar sekolah menengah menerima cermin mata percuma menerusi program Better Brighter Vision.

Seramai 700 pelajar dari tiga daerah di Kedah iaitu Kubang Pasu, Kota Setar dan Kuala Muda/Yan turut mendapat manfaat daripada program berkenaan.

Program ini diperkenalkan TNB pada tahun 2019 bertujuan membantu proses pembelajaran pelajar, sekali gus mendapat manfaat dalam pendidikan.

Pelajar bermasalah penglihatan menerima sumbangan cermin mata di bawah projek rintis Better. Brighter. Vision antara TNB dan Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn.
Pelajar bermasalah penglihatan menerima sumbangan cermin mata di bawah projek rintis Better. Brighter. Vision antara TNB dan Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn.

Pelbagai inisiatif bantuan disalurkan kepada lebih 50,000 pelajar sekolah bagi tahun 2021 melibatkan:

- Program Sekolah PINTAR - RM315,000 untuk 150 penerima.

- Program Sekolah Amanah (Trust School) - RM6.4 juta dimanfaatkan oleh 6,991 pelajar sekolah.

- Program B40 - RM225,000 untuk 150 penerima.

- Tabung Cerdik - RM5 juta untuk 3,165 penerima.

- Ceria Ke Sekolah - RM3 juta untuk 30,000 penerima.

- Program Better Brighter Vision (cermin mata) - RM395,000 untuk 1,000 penerima.

- Peruntukan Pendidikan PIBG & Sekolah - RM536,000 untuk 96 sekolah.