X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 05 Disember 2021

Lelaki ditahan cabul anak tiri

Gambar hiasan
A
A

KLANG - Seorang lelaki ditahan kerana disyaki mencabul anak tirinya yang berusia enam tahun di rumahnya di sini pada malam Rabu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 30-an ditahan pada jam 8 malam.

Menurutnya, ibu bapa mangsa telah bercerai dan mereka bergilir-gilir untuk menjaga kanak-kanak perempuan berkenaan.

"Mangsa tinggal bersama ibunya dan kejadian itu berlaku semasa mangsa bersama suspek di dalam bilik pada 22 November (Isnin) selepas pulang dari taska.

"Mangsa telah memberitahu bapa kandungnya bahawa suspek telah menyentuh bahagian kemaluannya dan bapa kandung mangsa telah membuat laporan polis," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan pada Khamis.

Hoong Fong berkata, ibu mangsa berkahwin dengan suspek sejak Januari lalu dan pihak polis sedang menyiasat sama ada kejadian tersebut merupakan yang pertama kali atau pernah terjadi sebelum ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, suspek direman enam hari dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!