Liverpool patut menang besar

Alcantara
Alcantara
A
A
A

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp menyifatkan skuad kendaliannya itu mampu untuk menang lebih besar ketika berdepan Porto pada aksi Kumpulan B, Liga Juara-Juara di Anfield, pada Khamis.

Bagaimanapun menurut Klopp, dia tidak menyalahkan kesebelasan The Reds berikutan kebanyakan pemain yang diturunkan agak jarang beraksi bersama-sama dalam perlawanan sebenar sebelum ini.

“Kita seharusnya bermain dengan lebih baik tetapi saya memahaminya. Mereka jarang beraksi bersama-bersama.

“Mungkin orang ramai menyangkakan kami mengambil mudah perlawanan ini tetapi sebenarnya kami bukan beraksi untuk itu (menang mudah), walaupun sudah mengesahkan kemaraan ke pusingan kalah mati.

“Lagi pun kali ini Anfield dibanjiri penyokong dan kami memutuskan untuk memastikan kemenangan pada perlawanan ini walaupun tanpa kehadiran beberapa pemain utama yang cedera,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan, The Reds membuka jairngan menerusi Thiago Alcantara pada minit ke-52 sebelum penyerang sensasi Mohamed Salah menjaringkan gol kedua pada minit ke-70.

Kemenangan berkenaan menyaksikan Liverpool terus mengukuhkan kedudukan selalku pendahulu Kumpulan B dengan 15 mata serta berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah daripada lima perlawanan setakat ini.

Mengulas mengenai jaringan Alcantara, Klopp mengatakan ia adalah antara perkara penting yang berlaku pada perlawanan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, beberapa perkara penting juga turut berlaku pada Khamis dan diharapkan ia memberikan manfaat kepada The Reds.

“Gol Thiago (Alcantara) agak penting. Lagi pun, banyak perkara baik yang berlaku hari ini di mana pemain mendapat minit permainan, mendapat rentak, keyakinan dan tiada siapa yang mengalami kecederaan,” katanya.