Tun Mahathir tiada masalah kerjasama UMNO-Pas

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed bercakap pada media selepas Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Majlis Parlimen Keempat Belas di Parlimen hari ini. - Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed bercakap pada media selepas Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Majlis Parlimen Keempat Belas di Parlimen hari ini. - Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terbuka menerima kerjasama rasmi antara UMNO dan Pas.

Katanya, Malaysia tidak menghalang mana-mana parti untuk menjalin penyatuan.

“Ya lah, kalau mereka (UMNO dan Pas) nak bersatu, bersatulah. Mereka nak kahwin, kahwinlah. Negara kita bebas.

“Dia nak kahwin lelaki dengan lelaki di sini (Malaysia) tak boleh lagilah, di negara lain boleh,” katanya ketika ditemui media selepas Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-14, di sini hari ini.

Pada 5 Mac lalu, termeterai kerjasama rasmi antara UMNO dan Pas manakala, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan juga menyatakan cadangan mewujudkan kerajaan campuran di Terengganu, Pahang, Kelantan dan Perlis sudah dikemukakan kepada Pas, namun perkara ini masih pada peringkat cadangan sebelum perbincangan lanjut dibuat.

Katanya, pada peringkat UMNO jawatankuasa kerja sudah dibentuk dengan dipengerusikan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang akan bertindak sebagai penyelaras bersama jawatankuasa yang dibentuk Pas kelak.

“Saya dah bincang dengan Pas dan akan memulakan kerjasama kedua-dua parti ini dengan mewujudkan kerajaan campuran dikenali sebagai Kerajaan Penyatuan Ummah bermula di Terengganu diikuti Pahang, Kelantan dan Perlis.

“Sementara di Perak dan Kedah yang mempunyai perbezaan kecil kerusi antara Pas, BN dan PH juga sedang teliti, sama ada untuk bersama (UMNO dan Pas) atau tidak,” katanya.

Artikel Berkaitan: