Komander Taliban terbunuh di Afghanistan

Taliban
Taliban
A
A
A

KABUL - AFGHANISTAN. Salah seorang komander paling kanan Taliban maut dalam serangan udara dilancarkan Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan.

Mullah Abdul Manan Akhund merupakan 'gabenor' dan ketua tentera kumpulan militan terbabit di wilayah Helmand.

Pegawai wilayah memaklumkan beliau terbunuh bersama 29 anggota Taliban yang lain dalam operasi di daerah Helmand pada malam Sabtu lalu.

Sementara itu, Taliban dalam satu kenyataan menyifatkan kematiannya sebagai satu kehilangan besar, namun ia tidak akan menghalang usaha mereka untuk merampas semula Afghanistan.

Bagaimanapun, jurucakap Kementerian Dalam Negeri Afghanistan, Najib Danish berkata, kematian beliau sebenarnya memberi tamparan hebat kepada Taliban dan akan 'menurunkan moral' pejuang mereka di selatan negara terbabit.

Difahamkan, tentera Britain pernah ditempatkan di Helmand selama lapan tahun sebelum tentera darat ditarik balik pada 2014 yang mana sebahagian besar wilayah tersebut kini berada di bawah kawalan Taliban. - BBC

Artikel Berkaitan: