Tujuh lelaki ditahan pergaduhan dua kumpulan

Pergaduhan membabitkan dua kumpulan berlaku dan rakaman video mengenai kejadian itu tular sejak Isnin.
Pergaduhan membabitkan dua kumpulan berlaku dan rakaman video mengenai kejadian itu tular sejak Isnin.
A
A
A

TAWAU - Tujuh lelaki termasuk dua warga asing ditahan di beberapa lokasi di daerah ini dipercayai terbabit dalam pergaduhan di Taman Traulsen, Jalan Pesisir, di sini pada Isnin.

Semua individu berusia antara 23 hingga 38 tahun itu ditahan kira-kira jam 7 malam selepas satu video pergaduhan membabitkan dua kumpulan tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau menahan tujuh lelaki manakala seorang lagi dikenali sebagai Jumadi Baba, 35, masih diburu untuk membantu siasatan.

"Motif kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham ketika mahu menarik kereta. Polis tidak menolak kemungkinan ada kesalahan penyalahgunaan dadah," katanya dalam sidang akhbar pada Selasa.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan senjata Berbahaya

Pada Isnin, tular satu rakaman video berdurasi 39 saat di media sosial yang memaparkan pergaduhan dua kumpulan lelaki di Taman Traulsen, Jalan Persisiran dan dilihat menggunakan senjata tajam dan kayu.

Artikel Berkaitan: